Wednesday, January 19, 2011

MY LONG CALL 19/01/2011

SYUKUR..

Tepat jam 9.30pagi di MAHKAMAH TINGGI (1) ALOR SETAR DI HADAPAN PUAN SEE WEE CHUN - dengan rasminya telah mendaftaraikan saya sebagai seorang PEGUAMBELA & PEGUAMCARA MALAYA.

Penat lelah sepanjang 9 bulan lebih akhirnya membenarkan saya menjadi seorang peguam.

Tidak ramai yang menyangka bahawa saya dapat melepasi rintangan untuk menghadapi dan menjadi seorang peguam. syukur semuanya teratur dan menjadi.smooth sailing.

Terharu kerana kedua ibubapa berada untuk melihat aku menjadi seseorang dalam dunia ini. aku sangat bangga kerana dapat membuat ayahbonda merasakan anaknya ini menjadi seorang insan.

Syukur.

Ini adalah my biodata pempetisyen.


BIODATA PEMPETISYEN

Yang Arif,
Dengan izin, saya CHE ZAINOL RASHID BIN CHE AHMAD hadir bagi pihak Pempetisyen, Syahrulfaizi Adli Bin Md Desa. Bersama-sama saya adalah rakan-rakan yang bijaksana, PUAN RUZAIMAH BINTI MOHD RIDZUAN mewakili Jabatan Peguam Negara, CIK RAO SURYANA BINTI ABDUL RAHMAN mewakili Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Kedah/Perlis.
Yang Arif,
Izinkan saya memberi sepatah dua kata mengenai pempetisyen.
Pempetisyen dilahirkan pada 22 Julai 1986 di Jitra, Kedah dan merupakan anak ketiga kepada pasangan MD DESA BIN OSMAN dan NOORHAYATEE BINTI RAMLEE dan Pempetisyen adalah anak pertama yang mengorak langkah di dalam bidang guaman.
Pempetisyen telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin di Jitra, Kedah dan menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 8, Subang Jaya, Selangor.

Setelah tamat sekolah, Pempetisyen, atas dorongan ayahnya nekad untuk mengambil jurusan undang-undang di Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam. Pendedahan kepada ilmu perundangan ketika di UiTM telah menguatkan tekad beliau untuk menjadi seorang peguam setelah tamat pengajiannya. Pempetisyen dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian pada tahun 2009.

Yang Arif,
Pempetisyen telah menjalani Latihan Dalam Kamar di Tetuan Hoe & Ahmad Zaki di bawah pengajaran dan bimbingan Dato’ Ahmad Zakiuddin bin Harun mulai Januari 2010 sehingga Oktober 2010.

Pada hari yang mulia ini, pempetisyen ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada ibubapanya iaitu TUAN HAJI MD DESA BIN OSMAN serta Puan Hajah NOORHAYATEE BINTI RAMLEE. Berkat ketabahan mereka membesarkan pempetisyen dan menekankan soal pelajaran sejak beliau kecil telah membawa pempetisyen mencapai kejayaan. Tidak dilupakan juga kepada CIK HASNIFALINA BINTI HASANUDIN dan CIK ERNIE SUFFIANI BINTI SALIM yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada Pempetisyen selama ini.

Penghargaan khas pempetisyen kepada pengajar beliau Dato’ Ahmad Zakiuddin bin Harun yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada Pempetisyen untuk berjaya di dalam bidang ini.

Juga penghargaan khas buat ENCIK TEOH ENG SIN, ENCIK NOOR SYARIMAN BIN OTHMAN dan juga kakitangan-kakitangan di TETUAN HOE & AHMAD ZAKI di atas segala tunjuk ajar dan sokongan tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh latihan Pempetisyen di firma tersebut. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga dan rakan-rakan pelatih dalam kamar. Jasa mereka amatlah besar kepada diri Pempetisyen dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Yang Arif,
Pempetisyen adalah “seorang yang berkelayakan “ di bawah Seksyen 3 Akta Profesyen Undang-Undang 1976 dan dikecualikan daripada Peperiksaan Kelayakan Bahasa Malaysia di bawah Seksyen 11(2) Akta tersebut.

Pempetisyen juga telah mematuhi segala keperluan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 berhubung dengan penerimaan masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara khasnya seksyen 11, 15 dan 16 Akta tersebut.

Saya sesungguhnya percaya bahawa semua surat cara Pempetisyen yang difailkan di Mahkamah yang Mulia ini adalah sempurna dan teratur. Justeru itu, berasaskan kelulusan dan pengamalan Pempetisyen yang telah saya sebutkan, saya percaya bahawa Pempetisyen adalah seorang yang berkelayakan dan sesuai menurut Akta Profesion Undang-Undang 1976. Sekiranya tiada apa-apa bantahan daripada pihak-pihak yang berkenaan, saya dengan rendah diri memohon supaya SYAHRULFAIZI ADLI BIN MD DESA diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Terima Kasih Yang Arif

Bertarikh 19 JANUARI tahun 2011.


Thank you all for making me, still ME =)

No comments: